Hamas bersedia untuk perjanjian adil menukar tahanan

Pengantara Qatar dan Mesir mengesahkan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi respons positif dan serius terhadap gencatan senjata bagi menamatkan perang selama lebih lapan bulan di Gaza.

Resolusi yang diketuai Amerika Syarikat (AS) itu disokong 14 daripada 15 negara anggota dengan Russia mengambil pendirian berkecuali.

Pemimpin Hamas, Osama Hamdan berkata, gerakan itu telah menuntut gencatan senjata kekal dan bersedia untuk perjanjian yang adil, termasuk pertukaran tahanan.

Katanya, resolusi Majlis Keselamatan PBB – walaupun ada kekurangan – mengesahkan penghentian pertempuran kekal dan menuntut pengunduran rejim Israel dari Semenanjung Gaza.

“Resolusi Majlis Keselamatan tidak akan berkuat kuasa secara dasar melainkan penjajah bersetuju dengannya,” tegas Osama Hamdan

Terdahulu, Hamas menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan PBB yang menggariskan mengenai gencatan senjata kekal di Gaza, pengunduran sepenuhnya rejim zionis dari wilayah Gaza, pertukaran tawanan dan pembangunan semula Gaza.

Rundingan itu termasuk kepulangan penduduk ke kediaman mereka, menolak sebarang perubahan demografi atau pengurangan kawasan Gaza, dan penghantaran barang bantuan yang diperlukan kepada rakyat kami di sana.

“Atas sebab itu, Hamas menegaskan kesediaan untuk bekerjasama dengan pengantara bagi memulakan rundingan tidak langsung mengenai pelaksanaan perjanjian ini yang sejajar dengan tuntutan rakyat dan mujahidin kami,” katanya. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts