Hamas gesa rakyat Palestin bersatu tentang rancangan jahat Israel

 

TEBING BARAT – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa kesatuan dalam kalangan rakyat Palestin serta ‘menentang’ rancangan rejim pengganas Israel untuk mengilhakkan (annex) sebahagian wilayah Tebing Barat yang dijajah.

Pegawai kanan Hamas, Salah al-Bardawil dalam satu sidang akhbar di Semenanjung Gaza yang dikepung berkata, kesatuan Palestin adalah landasan kekuatan nasional yang mana penindasan (bencana yang dirancang) dapat ditentang dan digagalkan.

Beliau juga merayu tindakan popular Palestin menentang aneksasi yang dirancang, seperti demonstrasi.

“Adalah kewajiban setiap rakyat Palestin yang bebas untuk bangkit menentang serangan agresif ini di tanah kita,” katanya.

Perpecahan mendalam masih ada antara Hamas – yang memerintah Gaza – dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang berpusat di bandar Ramallah di Tebing Barat, tetapi Bardawil mendesak “penyatuan kepimpinan politik”.

Bahkan beliau meminta pertemuan umum antara Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang merangkumi pelbagai kumpulan Palestin yang lain.

Hamas menguasai Gaza pada tahun 2007, setelah mengalahkan tentera yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam perang saudara selepas Hamas memenangi pilihan raya pada 2006.

Kedua-dua PA dan Hamas menentang pencerobohan di Tebing Barat, yang juga sebahagian daripada rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

 

 

Aneksasi Israel yang dirancang akan melucutkan sumber tanah pertanian dan sumber air rakyat Palestin, terutama di wilayah Lembah Jordan.

Langkah itu juga secara efektif membunuh penyelesaian dua negara bagi konflik Arab-Israel yang didasarkan pada idea tanah untuk perdamaian.

Hasrat Israel untuk terus maju dengan aneksasi telah menerima peringatan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa langkah seperti itu kemungkinan akan mencetuskan keganasan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, kerajaannya mahu memulakan proses penguatkuasaan di penempatan Tebing Barat dan Lembah Jordan mulai 1 Julai.

Israel menduduki Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur, Gaza dan Dataran Tinggi Golan Syria setelah merebut wilayah itu ketika perang 1967.

Israel mengilhakkan Baitulmaqdis Timur dan Dataran Tinggi Golan Syria masing-masing pada tahun 1980 dan 1981, walaupun gerakan itu tidak diakui oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts