BANGI – Hukum mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya serta melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, selagi tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada kemuliaan Islam dan kepakaran dalam melaksana tugas.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hasil penelitian yang dilakukan mendapati tiada dalil muktamad melarang muslim mengundi calon bukan Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia, termasuk melantik mereka sebagai pemimpin.
“Ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan hujah untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya.
“Adapun bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, rakyat khususnya umat Islam perlulah memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara kekal disandang oleh muslim yang berkelayakan sahaja.
“Tanpa menafikan bahawa majoriti ulama silam mengharamkan pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin dan keharusan hanya diberikan apabila terdapatnya darurat.
“Ini dapat difahami memandangkan konteks hubungan Muslim dan non-Muslim pada waktu tersebut berbeza dengan sekarang,” katanya.
Beliau menerusi artikel bertajuk Bayan Linnas Siri Ke-129 : Mengundi Calon Bukan Muslim Dalam Pilihanraya berpandangan, pemilihan calon bukan Islam kecuali pimpinan tertinggi perlu dilihat kepada lima faktor.
“Wakil rakyat bukan ketua atau imam. Kuasa wakil rakyat di Malaysia terhad dan terbatas, dikawal serta terikat dengan undang-undang serta Perlembagaan negara.
“Wakil rakyat tidak berkuasa menentukan dasar secara sendirian, kontrak sosial muslim dan bukan Islam, Fiqh implikasi dalam masyarakat majmuk serta uruf masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Kenapa LGE di lantik sebagai menteri kewangan, sedangkan jawatan tersebut ada lah penting…….
Better then jadikan LGE menteri ekonomi
Klu LGE dapat pegang menteri ekonomi….orang melayu kadi kuli dan hamba abdi….di situ bagus nya Tun M buat keputusan
Bagaimanapun beliau berkata, rakyat khususnya umat Islam perlulah memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara kekal disandang oleh muslim yang berkelayakan sahaja.
Semoga kesucian islam, ketuanan melayu kekal tertegak di bumi malaysia. Pemimpin Islam yang bertaqwa mentadbir, negara aman dunia pun aman.