MENERUSI laman facebooknya Adam Corrie mengingatkan orang ramai supaya menghargai hidayah yang Allah SWT telah berikan, beliau menulis:
“Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.
“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”
Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat)”
Beliau juga berpesan agar mereka yang ingin berubah agar mencari kawan boleh membantu untuk berada di landasan yang betul:
“Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian.. cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul. Pergi majlis ilmu. Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita ke buat perkara yg tidak elok.
Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan.
Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. Kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.
Sedih.. tak mengapa.. itu lumrah untuk kita yang bergelar hambaNya yang lemah. Sedih.. mengadu dengan Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus yang dari hati.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang”
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)