Hayati sejarah Islam dengan Ensiklopedia Empat Khalifah

Kuala Lumpur: Ensiklopedia Empat Khalifah memaparkan analisis peristiwa sejarah yang jarang ditemui pada buku sejarah lain yang pastinya membuat pembaca merasai pengalaman yang berbeza.

Penulisnya, Muhammad Alif Fitri Abdul Halim berkata buku itu dipersembahkan dengan suatu manifestasi terhadap kaedah pembacaan dan pemahaman sejarah yang diterapkan menerusi sejarah Khulafa al-Rasyidin.

Menurutnya, menerusi buku ini pembaca akan di dedahkan dengan sistem kekhalifahan, riwayat hidup mereka termasuk biodata dan kelebihan mereka berdasarkan riwayat yang muktabar.

“Ia dicetak dengan warna penuh dari kulit depan hingga ke belakang buku, berbeza dengan buku-buku sejarah yang ada di pasaran.

“Ia mengandungi banyak peta dan infografik yang sudah ubahsuai supaya ia sesuai dengan pembaca dan menjadikan setiap peristiwa yang berlaku semasa zaman Khulafa al-Rasyidin diceritakan dengan kaedah yang menarik.

“Ia menjadikan pembaca mudah faham tentang peristiwa yang berlaku pada zaman itu dan tidak cepat bosan semasa membaca buku ini,” katanya pada majlis pelancaran buku Ensiklopedia Empat Khalifah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hari ini.

Ditanya mengenai sasaran pembaca, Alif Fitri berkata, semua lapisan masyarakat digalakkan membaca buku ini supaya dapat menghayati sejarah Islam dengan lebih mendalam.

Jelasnya, bermacam-macam cabaran dilaluinya untuk menghasilkan karya ini berikutan perlu mengimbangi masa belajar dan menulis buku ini.

“Proses penulisan buku itu mengambil masa enam bulan manakala proses pengumpulan bahan pula selama lima tahun. Saya sedang menjalani pengajian peringkat sarjana di Institut Islam Hadhari dalam bidang peradaban Islam.

“Ini adalah hasil penulisan buku ke 13 saya dan berharap sejarah Islam dapat dihayati menerusi pembacaan buku ini,” katanya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts