Hentikan budaya pick up line

  1. Tular baru-baru ini video pelajar sekolah yang mempersembahkan pick up line dalam aktiviti sekolah di hadapan khalayak. Perbuatan ini amat tidak sesuai buat pelajar sekolah malah menjatuhkan sifat malu seorang anak gadis.
  2. Kemuliaan anak gadis adalah pada kesungguhan dia menjaga kehormatan dan maruah dirinya. Allah menampilkan contoh yang terbaik dalam al-Quran tentang kisah anak gadis di Madyan.
  3. Ketika lari keluar daripada kezaliman Firaun, Allah menggambarkan bagaimana Nabi Musa bertemu dengan dua orang gadis di Madyan. al-Quran menerangkan beberapa ciri yang ditampilkan oleh kedua anak gadis tersebut ketika mereka berusahah untuk mendapatkan air buat ternakan mereka. Perkara ini direkodkan dalam surah al-Qasas ayat 22 hingga 26.
  4. Menurut Sheikh al-Sabuni, kedua anak gadis ini amat memelihara kehormatan mereka dengan menjaga batasan pergaulan. Mereka mengasingkan diri mereka daripada bersesak dan percampuran yang terbuka sehingga keadaan mereka ini disedari oleh Nabi Musa. Perkara ini dipaparkan dalam al-Quran ketika babak anak gadis ini menunggu giliran mereka mengambil air. Kata anak gadis tersebut seperti yang dinukilkan dalam al-Quran:

لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

“Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “.

  1. Apa yang paling jelas sekali adalah, kedua anak gadis tersebut digambarkan sebagai memiliki sifat malu yang tinggi. Perkara ini ditampilkan secara spesifik apabila Allah menerangkan perlakuan mereka ketika berjalan dengan lafaz “mereka datang berjalan dalam keadaan malu-malu.”Firman Allah:

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ

Maksudnya: Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…”

  1. Begitulah kisah ringkas di dalam Surah al-Qasas yang membayangkan sifat anak gadis yang memiliki perwatakan yang baik serta berakhlak yg tinggi. (1) Mereka menjaga kehormatan serta batasan pergaulan, (2) mereka tidak keluar rumah melainkan dengan keperluan dan (3) mereka memiliki sifat malu yang tinggi.
  2. Mereka tidak semudahnya melakukan perbuatan yang merendahkan kedudukan mereka dikhalayak ramai. Budaya yang tidak baik ini dibimbangi menyerap ke dalam jiwa anak-anak sehingga mengikis sifat malu yang dianjurkan dalam Islam.
  3. Ingatlah mereka yang memulakan budaya yang merosakkan masyarakat ini, dibimbangi akan kembali kesannnya kepada mereka yang membawanya sehingga dipertanggungjawabkan ke atasnya di hadapan Allah kelak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

Sumber gambar: Public Health Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts