Hentikan penghinaan terhadap Islam dan Perlembagaan

 

1. YB Nga Kor Ming memberi arahan kepada Pemuda DAP agar memulakan tindakan menyaman PAS atas kenyataan Muslimat PAS yang mendesak supaya operasi sekolah vernacular dihentikan. Katanya sekolah tersebut dijamin dibawah perlembagaan.

2. Kenyataan ini disangkal oleh banyak pihak. Menurut Dr. Kamarul, tuntutan untuk menutup sekolah SJKC ini bukanlah perkara yang baharu. Desakan yang sama pernah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen dari Sabah, Mark Koding pada 11 Oktober 1978. Ekoran ucapan beliau itu, Mark Koding telah dihadapkan ke mahkamah dan berakhir dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Mark Koding tidak bersalah atas desakan tersebut.

 

Image may contain: 1 person, text

 

3. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang pakar perundangan perlembagaan negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 5 Mei 2013 yang menyebutkan: “bahawa sekolah vernakular adalah tidak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.”

4. Tindakan Nga Kor Ming menggunakan nama perlembagaan ini seolah beliau tidak arif tentang perlembagaan, atau apakah beliau mempermainkan perlembagaan? Dan ini bukan pertama kali Nga Kor Ming mengeluarkan kenyataan yang aneh dan kontroversi.

5. Sebelum ini beliau pernah menghina Kelantan dengan menyifatkan Kelantan sebagai Negara Taliban atas tindakan menutup pawagam. Malah gabungan umat Islam melalui UMNO dan PAS dianggap akan menghasilkan negara Taliban.

 

 

6. Laporan polis terhadap Nga Kor Ming turut pernah dilakukan apabila beliau dikatakan pernah menghina kaedah pemakaian purdah orang Islam dalam kiriman facebook beliau pada 13 Disember 2015.

7. Pada 6 Julai 2016, Nga Kor Ming pernah memuat naik gambar yang dikatakan menghina Hari Raya umat Islam. Duit raya digambarkan sebagai dedak yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat Malaysia. Laporan polis turut dibuat oleh dua buah NGO berikutan peristiwa ini.

8. Bukan sahaja tindakan menghina Islam, Nga Kor Ming turut dikatakan pernah memerli, menyindir pemimpin Melayu termasuk Tengku Mahkota Johor. Pada 2018, beliau dikatakan menghina Mahathir dengan menyatakan Tun bermain Mahjong dengan Le Kuan Yew di Neraka.

9. Malah pada 1 Ogos 2017 Nga Kor Ming pernah memuatnaik poster yang menggambarkan Tun Abdul Razak Husin sebagai “Pengkhianat negara yang sebenar” kerana berkhidmat dengan tentera Jepun berbanding Chin Peng yang berjuang melawan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

10. Sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, hentikanlah tindakan menghina atau memandang rendah agama Islam. Jauhkan diri dari memerli pemimpin lain atas kepentingan politik. Tindakan ini hanya menambah kebencian umat Islam terhadap DAP.

Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan buat Malaysia.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts