Hibah TH mungkin lebih tinggi akan datang: Fuziah

 

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) mungkin akan lebih tinggi pada masa akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini berdasarkan prestasi semasa TH yang semakin baik dan mengukuh.

“Selepas kita adakan plan pemulihan iaitu masuk ke dalam syarikat tujuan khas (SPV), kita tinggalkan aset yang sihat di dalam TH insya-ALLAH kita sudah pun melihat peningkatan keuntungan.

“Saya yakin insya-ALLAH dengan peningkatan keuntungan tersebut pada tahun akan datang ia akan menjanjikan jumlah hibah yang tinggi,” katanya menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang bertanyakan apakah mekanisme dan jaminan kerajaan dalam pastikan hibah TH melebihi 1.25 peratus pada tahun kehadapan.

 

 

Katanya, untuk memberikan hibah, dua perkara perlu dipertimbangkan iaitu aset mesti melebihi liabiliti dan kedua mestilah TH membuat keuntungan yang mencukupi untuk memberikan hibah.

“Kedua-dua syarat itu mesti dipenuhi untuk memberi hibah,” katanya.

Pada 4 April lalu, TH mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts