“SERANGAN bom yang berlaku tidak jauh dari kawasan tempat tinggal saya. Gegaran selepas bedilan roket seolah-olah gempa bumi berukuran 5 hingga enam skala Richter, (gegaran) sangat kuat,” kata Penyelaras Media Aman Palestin Hamza Deirawi.
Menurutnya, beberapa lokasi menjadi sasaran serangan tentera rejim zionis di Semenanjung Gaza awal pagi tadi antaranya kem tentera dan kem pelarian Nusierat.
Katanya, serangan jam 1 pagi waktu Gaza, Palestin (7 pagi Malaysia), pesawat pejuang mensasarkan timur bandar Gaza manakala serangan berikutnya ‘menghentam’ utara Semenanjung Gaza.
“Tentera menyerang kem pelarian berhadapan kediaman saya. Dron pertama melepaskan dua peluru berpandu disusuli serangan lima lagi peluru berpandu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Hamza berkata, berdasarkan pengalaman, serangan kali ini menggunakan peluru berpandu berbeza dan pasti menyebabkan kerosakan lebih besar.
Katanya, serangan bertalu-talu juga disasarkan ke barat Rafah pada tengah malam semalam menggegarkan kawasan itu ketika penduduk sedang tidur.
“Ia menyebabkan kawasan sekitar terputus bekalan elektrik. Kawasan pertanian yang menjadi sumber pendapatan penduduk Palestin juga pasti terjejas.
“Doakan kami wahai saudara di Malaysia. Teruskan menyokong perjuangan kami di Gaza, hanya Allah mampu membalas kebaikan kamu semua,” katanya. – Harian Metro
⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp/telegram:
0193357019
#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles