Hukum solat atas batu dan tanah

Di media sosial baru-baru ini, tular gambar orang mendirikan solat atas batu. Foto itu dirakamkan ketika sekumpulan anggota Jabatan Amal Malaysia menunaikan kewajipan berkenaan di atas batu berjeram di Yan, Kedah.

Difahamkan, kehadiran mereka di situ adalah untuk membantu mangsa banjir akibat fenomena kepala air.

Tindakan mereka solat di tempat yang dianggap agak berbahaya menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Malah, ada yang mempertikaikan mereka solat di tempat yang tidak sesuai dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk.

Benarkah kita tidak dibenarkan solat di atas batu?

Tampil menjawab persoalan itu, pendakwah Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman.IKLAN

Ujar beliau, Rasulullah SAW fleksibel dalam bab tempat sujud tidak kiralah sama ada di atas tikar, sejadah mahupun atas tanah.

Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya aku melihat diriku pada malam ini sujud di atas tanah dan air.” (Sahih al-Bukhari)

BANYAK hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad ketika menunaikan solat sama ada di atas sejadah, tikar mahupun atas tanah. -Gambar hiasan

Bahkan, katanya, dalam satu Hadis Riwayat Ahmad, ada dijelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak melapikkan tempat sujudnya.

“Bukan itu sahaja, baginda juga pernah menunaikan solat di atas tanah. Ketika bersujud, hidung dan dahi baginda diletakkan di atas tanah.

“Diceritakan juga dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim bahawa pada suatu hari ketika malam 23 Ramadan, hujan turun. Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat dan para sahabat melihat baginda beredar dalam keadaan air dan tanah pada dahi dan hidungnya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Selain itu, ujar PU Salman, banyak hadis yang memerihalkan perbuatan baginda menunaikan solat di atas sejadah dan tikar.IKLAN

“Dalam sebuah hadis misalnya, ada diceritakan tentang baginda solat di atas khumrah iaitu sejadah yang diperbuat daripada sabut pokok kurma yang dianyam.

“Malah, baginda juga pernah menunaikan solat duha di atas unta mengikut arah haiwan itu berjalan. Begitupun, solat atas unta ini hanya dikhususkan untuk solat sunat sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menukilkan pandangan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim bahawa para ulama bersepakat menyatakan, umat Islam dibolehkan solat berlapik dengan tikar atau tanpa lapik terus di atas apa yang tumbuh pada permukaan bumi.

Senada dengan PU Salman ialah pendakwah Asma’ Harun. Jelas beliau, solat berkenaan sah jika cukup syarat wajib dan sah solat serta rukun solat.IKLAN

SOLAT tetap sah jika memenuhi rukun, syarat wajib dan sah solat. Pada masa sama, pastikan tempat yang ingin kita solat itu bersih daripada najis.

Rasulullah SAW bersabda: “Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah hadis lain, baginda SAW bersabda: “Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Abu Daud)

Biarpun anggota anggota Jabatan Amal Malaysia dikatakan agak berbahaya, namun Asma’ berpandangan, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia.

Ingatlah kewajipan solat tidak akan digugurkan sekalipun kita dalam keadaan sakit waima bermusafir sekalipun. – Sinar Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts