Hutang: Nikmat seketika, beban yang merana

Dalam menjalani kehidupan yang materialistik pada akhir zaman ini, ramai yang tergoda dengan kebendaan lalu tersangkut dalam bebanan hutang. Amat penting bagi seorang mukmin untuk membezakan antara keperluan dan kehendak.

Sehingga baginda Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa untuk melunaskan hutang dan doa ini terdapat dalam Al-Ma’thurat iaitu: Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan perasaan takut juga dari bebanan hutang serta paksaan orang.  [HR Daud]

Namun begitu, kita tidak menafikan Islam mengharuskan seseorang itu berhutang untuk memenuhi keperluan hidup khususnya dalam perkara-perkara daruriyyat (tersangat penting). Justeru satu ayat yang paling panjang dalam al-Quran yang menghuraikan perihal hutang sahaja.

Umat Islam pula dituntut mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain termasuk memberikan bantuan sama ada melalui sedekah ataupun pinjaman bagi meringankan bebanan dan memenuhi keperluan yang ditanggung.

Terdapat dua keadaan seseorang yang ingin berhutang:
1. Seseorang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan hidup seperti mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya.
2. Seseorang yang sengaja berhutang demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti perhiasan, hidup bergaya dan penuh kemewahan. Tambahan pula peluang pinjaman mudah diperolehi sama ada secara ‘legal’ atau ‘illegal’.
Disebabkan itu hukum berhutang di dalam Islam dibahagikan seperti berikut:
• Haram
Jika digunakan untuk tujuan yang haram seperti judi, dadah dan lain- lain.
• Makruh
Jika digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk atau penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang itu.
• Wajib
Jika seseorang itu amat memerlukan untuk menampung hidupnya dan keluarganya dalam memenuhi keperluan asasi seperti makan, minum, tempat tinggal, pakaian untuk menutupi aurat dan lain-lain.

Hukum membayar hutang adalah WAJIB. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya. Disebabkan itu terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai ancaman bagi mereka yang enggan membayar hutang seperti tidak akan terangkat amalnya dan dosa hutang tidak di ampunkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang.” – [HR muslim]

Maka perlulah kita berhemah di dalam perbelanjaan supaya tidak terjerat didalam beban hutang. Elakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan hanya semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu. Bak kata pepatah melayu, ukurlah baju di badan sendiri agar kita tidak menyesal kemudian hari. Buat perancangan dalam perbelanjaan dan dapatkan khidmat nasihat kewangan daripada orang berpengalaman.

Rasulullah SAW juga meminta perlindungan dari berhutang. Ini kerana sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya. – [HR Al-Bukhori].
Moga setiap langkah kita mendapat taufiq dan petunjuk sekiranya berpegang dengan panduan dari Al Quran dan sunnah.

Fathiah Solehah Bt Ismail
Aktivis ISMA Johor Bahru

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts