Ibadah umrah dibenarkan mulai 8 Februari

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia dibenarkan kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan kabinet itu dibuat selepas kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang dibuat 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.

Kata Nancy garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah.

“Sepertimana dinyatakan dahulu penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini agensi pelancongan umrah boleh meneruskan aktiviti umrah.

“SOP baru akan dibincangkan bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila pulang dari Tanah Suci nanti jemaah dapat memilih di mana mereka mahu dikuarantinkan,” katanya kepada media selepas pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di Hotel EQ, di sini, hari ini.— AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts