Ibrah nuzul Al- Quran mengembalikan semula tamadun peradaban Islam

Sesungguhnya penurunan Al-Quran kepada manusia ini adalah sebagai satu rahmat dan bimbingan daripada Allah SWT serta mengandungi amanah.

Cuma sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini diiringi dengan penuh kedukacitaan. Antaranya ialah tahun ini sudah genap tahun ke-100 kejatuhan khilafah. Dan tahun ini juga Nuzul Al-Quran disambut dengan keperitan dan kesedihan yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestin.

Oleh itu, MUIS mengajak tuan-tuan dan puan-puan, khususnya para ulama sekalian; Mari kita gunakan permulaan 100 tahun yang mendatang ini (iaitu miawiyyah yang seterusnya) untuk membimbing masyarakat untuk membangunkan semula tamadun dan peradaban Islam itu sendiri.

Kembalilah kepada Al-Quran kerana ia mengandungi banyak ayat yang menggesa kita untuk membangunkan tamadun dan peradaban itu kerana matlamat asal dijadikan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah yang akan mentadbir alam ini sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30 :

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ إِنِّی جَاعِلࣱ فِی ٱلۡأَرۡضِ خَلِیفَةࣰۖ ..

Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.

Maka itu lah sebab utama kejadian manusia di atas muka bumi. Nabi Adam diciptakan untuk mentadbir alam ini.

Maka dengan itu, MUIS menyeru para ulama, para pemimpin dan seluruh umat Islam; marilah kita menjadikan 100 tahun yang mendatang ini sebagai tahun untuk kita kembali mengorak langkah dengan membina tamadun.

MUIS mengajak para ulama agar kita dapat menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah untuk mula bercakap mengenai paksi-paksi kuasa nasional, iaitu paksi-paksi pemula untuk menegakkan peradaban Islam itu.

Lihat sahaja bagaimana bimbingan serta tuntutan Al-Quran terhadap politik, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, alam sekitar, perundangan, keselamatan, media, kerohanian, hubungan antarabangsa dan aspek kesihantan.

Oleh itu, para ulama perlu memandu serta membimbing masyarakat untuk mengembalikan semua paksi-paksi kuasa nasional ini di dalam “sibghah” Al-Quran (seruan serta bimbingan dalam Al-Quran)

Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan Nuzul Al-Quran ini sebagai peledak kepada usaha dan cita-cita murni kita untuk menegakkan kembali khilafah dan juga peradaban Islam di atas muka bumi ini berdasarkan apa yang telah digariskan di dalam Al-Quran.
Wallahua’lam Bissawab

Dato Haji Zamri bin Hashim
Pengerusi,
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts