Ikhlas beribadah sebelum bertawakal

 

 

1. SURAH al-Fatihah mendidik kita bagaimana kita perlu mengikhlaskan diri dalam beribadah kepada Allah sebelum kita meminta bantuan dari Allah. Ini kerana tujuan manusia dijadikan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan meminta bantuan dari Allah adalah salah satu wasilah bagi mencapai pengabdian yang mutlak.

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menjelaskan:

وإنما قدّم { إياك نعبد} على { وإياك نستعين} لإن العبادة له هي المقصودة، والاستعانة وسيلة إليها

“Dan perkataan “na’budu” (kami menyembah) didahulukan sebelum “nas’ta’in” kerana ibadah atau pengabdian itulah tujuan manusia dijadikan sedangkan meminta bantuan dari Allah itu hanyalah wasilah atau jalan menuju kepada pengabdian (yang mutlak).”

3. Bererti pengabdian mendidik kita mengikhlaskan jiwa untuk Allah (membersihkan dari segala kesyirikan) dan jalan untuk mencapai keikhlasan perlukan bantuan dan tawakal kepada Allah. Dalam ayat Quran yang lain Allah menjelaskan dengan maksud yang lebih jelas:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

“Maka sembahlah (abdikanlah) diri kepada Allah (dengan penuh ikhlas) dan bertawakkallah kepadaNya. Sesungguh Tuhan kamu tidak pernah leka dari apa yang kamu lakukan. (Surah Hud: 123)

4. Ikhlaskan hati kita dalam menjadi hambanya. Jauhkan diri dari segala unsur kesyirikan, mohonlah bantuan dari Allah dan bertawakkallah kepadaNya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts