Ilhak Tebing Barat ‘bawa bencana’, PBB beri amaran kepada Israel

 

TEBING BARAT– Rancangan negara haram Israel untuk mengilhak sebahagian wilayah Tebing Barat yang diduduki jelas tidak sah, tegas Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet.

Menerusi satu kenyataan semalam, beliau mengingatkan bahawa rancangan itu boleh menjadi membawa bencana.

“Ilhak tidak sah. Titik. Apa-apa aneksasi. Sama ada 30 peratus dari Tebing Barat, atau 5 peratus,” katanya mendesak Israel mendengar suara bekas pegawai kanan dan jeneral sendiri, serta suara di seluruh dunia yang memberi amaran supaya tidak meneruskan langkah berbahaya ini.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pada Isnin berkata, setiap aneksasi wilayah Tebing Barat harus ditangguhkan sehingga krisis coronavirus dapat dibendung.

“Apa-apa yang tidak berkaitan dengan pertempuran melawan coronavirus akan menunggu hingga virus berakhir,” katanya pada pertemuan di televisyen dengan anggota pakatan Biru dan Putih.

Sementara itu, Jerusalem Post memetik sumber AS dengan pengetahuan mengenai perkara itu berkata, bahawa Israel tidak akan meneruskan rancangannya minggu ini, kerana belum dimuktamadkan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berulang kali menyatakan akan menganeksasi semua blok penempatan dan Lembah Jordan mulai 1 Julai di bawah perjanjian dengan Gantz.

Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur dilihat sebagai wilayah yang diduduki di bawah undang-undang antarabangsa, oleh itu menjadikan semua penempatan Yahudi di sana dan juga aneksasi yang dirancang tidak sah.

Aneksasi itu berpunca dari ‘Perjanjian Abad Ini’ (Deal of the Century) Presiden Amerika Syarikan (AS), Donald Trump yang diumumkan pada 28 Januari lalu.

Perjanjian itu merujuk kepada Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota Israel yang tidak terbahagi’ dan mengakui kedaulatan Israel terhadap sebahagian besar Tebing Barat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts