Imam al-Aqsa gesa PA tarik balik sekatan di Gaza

 

BAITULMAQDIS – Imam kanan Masjid al-Aqsa, Shaikh Sabri menggesa Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

Beliau menerusi khutbah Jumaat kelmarin menegaskan bahawa tindakan ke atas dua juta penduduk Palestin itu adalah tidak dibenarkan menurut hukum Islam.

“Pengepungan dan sekatan ke atas Gaza harus ditarik demi kesatuan kita,” katanya di depan kira-kira 40,000 jemaah di masjid al-Aqsa.

Shaikh Sabri turut mengutuk tindakan rejim Zionis menutup masjid al-Aqsa, sekali gus menegaskan bahawa pihak berkuasa pendudukan itu tidak mempunyai kawalan sah ke atas Baitulmaqdis dan al-Aqsa.

“Israel ingin memecahkan semangat umat Islam, tetapi Yang Maha Kuasa sedang mengawasi,” katanya.

April tahun lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengenakan siri sekatan ke atas Gaza dengan alasan untuk memaksa Hamas membubarkan jawatankuasa pentadbiran yang dibentuk di wilayah itu.

Sekatan itu termasuk potongan kira-kira 30 peratus gaji PA, memotong bekalan elektrik dan pemindahan perubatan serta 20,000 kakitangan kerajaan dirujuk untuk bersara awal.

Sekatan itu semakin kukuh pada April lalu dengan penurunan gaji kepada 50 peratus. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts