DISEBALIK namanya, ada kisah gelap yang dia cuba mahu lupakan. Disebalik baju lengan panjang berwarna ungu, ada kesan titik-titik hitam yang bahawasanya dia juga pernah bergelumang dengan dosa.
Dia yang kini berusia 31 tahun dan dilahirkan di Alor Setar, Kedah pernah menyertai aktiviti kongsi gelap seawal umur 18 tahun. Sejak itu, Abdul Rahman pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali disebabkan jenayah yang dia lakukan.
Asalnya, dia adalah seorang gengster yang pernah menjual dadah, ectacy, kaki kelab malam dan hidup yang bergelumang dengan dosa. Namun pada 2013, dia memilih jalan lain yang membawanya pulang. Dia telah mengambil keputusan untuk berubah dan meninggalkan segala aktiviti jahat yang dilakukan sebelum ini.
Tidak dinafikan bahawa hidayah Allah itu luas, pada tahun 2018, dia memilih untuk memeluk Islam. Abdul Rahman Abdullah kini sedang dalam perjalanan untuk lebih mengenal jalan kebaikan dan meninggalkan segala larangan.
Ketika bercerita kepada pengacara Malaysia Hari Ini, bagaimana permulaan Abdul Rahman kembali kepada fitrah. Dia menjawab bahawa faktor perjalanannya mengenali Islam adalah disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan penjara yang kebanyakannya Melayu Islam. -MYKMU.NET
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)