IPC batal hak penganjuran Malaysia kerana halang atlet Israel

 

LONDON: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.

Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.

Beliau berkata, apabila negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu, atas alasan politik, pihaknya sama sekali tiada pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan itu.

“Pergerakan Paralimpik sentiasa akan diteruskan, didorong oleh keinginan untuk memacu kemasukan, bukan pengecualian. Tidak kira negara yang terbabit dalam perkara ini, IPC akan mengambil keputusan sama dalam situasinya sama walaupun negara berbeza.

“Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia, kami mendapat jaminan bahawa semua atlet dan negara yang layak dibenarkan menyertai acara ini dengan jaminan keselamatan mereka.

“Namun, terdapat perubahan kepimpinan politik dan kerajaan Malaysia yang baharu dan mempunyai idea berbeza. Kami kecewa atlet Israel tidak dibenarkan bersaing di Malaysia.

“Seperti keputusan hari ini, kami kini mencari tuan rumah baharu untuk Kejohanan Dunia yang penting ini, yang menjadi medan untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” katanya.

“Kami akan berusaha untuk mengekalkan tarikh dan syarat yang sama untuk kejohanan supaya tidak mengganggu jadual latihan atlet yang bertujuan untuk mencapai tahap terbaik pada akhir Julai dan awal Ogos.”

Pengerusi Majlis Atlet IPC, Chelsey Gotell, berkata pihaknya menerima banyak maklum balas daripada atlet di seluruh dunia berkenaan situasi berkenaan.

“Kami sudah membincangkan semua hasil yang berpotensi dan berhubung dengan Kumpulan Penasihat Atlet Renang Para Dunia untuk mengumpul maklum balas mereka mengenai situasi ini bagi memastikan suara atlet dapat dilihat dalam perbincangan dan keputusan Lembaga IPC.” – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
4 comments
  1. Syukur alhamdulillah dibatalkan itu yg terbaik untuk umat islam malaysia. Ini lah masanya kita memberi sokongan emosi salah satu jihad umat islam kepada palestin walaupun tanpa senjata untuk menentang kejahatan israel laknatullah
    Inshaalah Allah akan membantu umatnya yg membantu saudara saudaranya dan mudah mudahan israel dan sekutu sekutu yg mengkhianati islam akan terkubur

  2. Yahudi zalim dan pengecut. Zalim kerana ambil tanah Palestin yang terang2 bukan miliknya, walaupun diukur dengan neraca mana sekalipun Yahudi tetap bersalah, tapi tidak dihukum sebab mereka menguasai PBB serta sekutu Amerika. Mereka pengecut… bina dinding tinggi untuk menyusahkan kehidupan rakyat Pakestin dan untuk menampakkan perlindungan mereka terhadap warga Yahudi yg ditipu untuk balik ke tanah yg kononnya “dijanjikan”.

  3. Baguslah batal..acara renang pun tak baik juga untuk dipertandingkan dan dipertontonkan..almaklumlah..Malaysia tidak rugi pun tidak menjadi tuan rumah acara sukan ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts