Isi tahun 2020 dengan agenda menghafaz kitab Allah

 

SALAM Maal Hijrah 1442 H

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA : “Aku hairan dengan orang yang umurnya mencapai 30 tahun tetapi tidak menghafaz 30 (juzuk Al-Quran)”

Ambillah sempena tahun baru hijrah ini, untuk kita letakkan keazaman untuk kita tingkatkan hubungan kita dengan Al-Quran. Buat jadual harian untuk menghafaz, letakkan tempoh masa anggaran untuk tamat, cari orang (atau guru) yang boleh tasmik hafazan kita, laburkan komitmen, tenaga, waktu, dan duit untuk peningkatan diri di hadapan Allah, serta ketinggian martabat syurga kita di akhirat nanti.

Jangan lemah semangat dan berputus asa dengan umur yang lanjut, ingatan yang tak seberapa dan kesempatan yang sangat terhad.

Murnikan sangkaan kita kepada Tuhan, Dia akan tunjukkan jalan. Ingatlah, selagi kita boleh bernafas, selagi itu kita boleh menghafaz.

Sesungguhnya, ia adalah pelaburan yang lebih berharga daripada segala pelaburan yang ada di dunia ini, dan seisinya.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts