Islam merubah akhlak Muslim

 

1. AL-IMAM Ahmad meriwayatkan kisah dialog Saidina Ja’far ibn Abi Talib bersama dengan Raja Najasyi. Ketika itu Ja’far berusaha menerangkan kepada Raja Najashi bagaimana Islam datang merubah diri mereka sehingga merubah mereka pemuda yang beriman dan berakhlak. Kata Ja’far:
كنا قوماً أهل جاهلية، نعبد الأصنام، ونأكل الميتة، ونأتي الفواحش، ونقطع الرحم، ونسيء الجوار.. – هذه الجاهلية القديمة والحديثة- حتى بعث الله فينا رجلاً نعرف أمانته، وصدقه، وعفافه، ، فدعانا إلى الله لنعبده ونوحده، ونخلع ما كان يعبد آباؤنا من الحجارة والأوثان، وأمرنا بصدق الحديث، وأداء الأمانة، وصلة الرحم، وحسن الجوار
“(Wahai Najash) sebelum ini kami adalah kaum yang menyembah berhala, memakan bangkai, mendatangi kejahatan, memutuskan silaturahim dan berlaku buruk terhadap jiran. Sehinggalah Allah mengutuskan kepada kami seorang Rasul yang dikenali dengan amanah, sifat benar, penyantun dan baik akhlaknya. Lalu dia menyeru kami agar meninggalkan berhala, bersikap benar, menunaikan amanah, menjaga silaturahim dan berbuat baik kepada tetangga.” (HR Ahmad)
2. Perhatikan kenyataan Saidina Ja’far ini tentang bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat bukan sahaja dalam urusan akidah, malah menitik-beratkan soal pembentukan peribadi serta akhlak seorang Muslim.
3. Benarlah kata-kata Sheikh al-Nabulsi bahawa agama ini semuanya adalah akhlak dan akhlak itu adalah sifat menguasai diri. Andai pemimpin Muslim gagal menguasai dirinya, maka dia akan terjebak kepada perkara yang memalukan dirinya.
4. Atas dasar itu Rasulullah mengingatkan kepada kita agar sentiasa menghiasi diri dengan sifat malu agar perlakuan kita tidak memalukan diri sendiri. Sabda Rasulullah:
إنّ لكلّ دين خلقا وخلق الإسلام الحياء
“Sesungguhnya setiap agama ada (pendidikan) akhlaknya dan akhlak (yang utama) dalam Islam adalah sifat malu.” (HR Ibn Majah).
5. Apabila seorang Muslim gagal untuk menguasai dirinya, maka dia boleh terjebak untuk melakukan perkara yang mengaibkan dirinya sendiri. Setiap pemimpin Muslim tidak kira dari mana-mana parti seharusnya menjaga akhlak mereka agar menjadi contoh yang baik buat rakyat. Apatah lagi buat mereka yang mengaku memperjuangkan Islam.
Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Universiti Sains Islam Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts