POLAND, Isnin – Pemimpin Gereja Roman Katolik sedunia, Pope Francis menolak dakwaan mengatakan Islam bersifat keganasan.
Beliau berkata, adalah tidak tepat dan tidak benar untuk mengatakan Islam adalah keganasan.
“Saya rasa menyamakan Islam dengan keganasan adalah tidak betul,” katanya kepada wartawan dalam penerbangan pulang dari lawatan ke Poland.
Francis mempertahankan pendiriannya untuk tidak mengaitkan Islam ketika mengutuk pembunuhan kejam paderi Katolik di Perancis dalam siri serangan di Eropah yang didakwa dilancarkan IS.
“Ada sekumpulan kecil pelampau dalam hampir semua agama. Mereka juga ada dalam agama Kristian. Jika saya mahu mengaitkan Islam dengan keganasan, saya perlu bercakap mengenai keganasan Kristian.
“Setiap hari dalam akhbar saya membaca keganasan di Itali, seseorang membunuh teman wanitanya, seorang lagi membunuh ibu mertua dan mereka adalah penganut Kristian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan Katolik di gereja sekitar Perancis semalam sebagai tanda solidariti dan kesedihan berikutan pembunuhan paderi yang dikelar di leher.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/islam-tidak-ganas-kata-pope-francis/
www.indahnyaislam.my