ISKANDAR PUTERI – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor Bahru dan NZ Frozen Industries Sdn Bhd turun padang memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Sepakat Baru, Skudai.
Sumbangan dalam bentuk keperluan harian diagihkan ke rumah mangsa-mangsa bagi melihat sendiri kesan banjir yang melanda kampung berkenaan.
Kira-kira 189 keluarga terjejas telah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Skudai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai.
Setiausaha ISMA Johor Bahru, Mohd Khairul berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan bencana banjir yang melanda, terutamanya di daerah Johor Bahru.
Turut bersama dalam program itu adalah Pengurus Operasi NZ Food Industries, Sulhi Nazir.
ISMA sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk turut serta meringankan beban mangsa banjir.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Tabung Sumbangan Mangsa Banjir ISMA Johor; ISMA DT SERVICES, Nombor akaun CIMB Bank:
8603 2634 23. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)