Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengumumkan kesyahidan pemimpin tertinggi, Ismail Haniyeh.
Ketua Biro Politik Hamas itu syahid akibat serangan udara penjajah Israel di kediamannya Tehran selepas menghadiri upacara pelantikan Presiden Iran yang baharu semalam.
“Gerakan Pejuang Islam melaporkan kepada rakyat Palestin yang agung, umat Arab dan Islam serta kepada semua pencinta kebebasan di dunia.
“Saudara kami, Ismail Haniyeh telah syahid akibat serangan udara pengecut Zionis di kediamannya di Tehran.
“Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Sesungguhnya ini adalah jihad, kemenangan atau syahid,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM