BAITULMAQDIS – Negara pengganas Israel membekukan sebahagian besar perintah perobohan rumah Palestin di kawasan Silwan, di sini.
Bagaimanapun, mahkamah sama memerintahkan pembekuan itu membenarkan perobohan 16 rumah untuk terus berjalan sekali gus menunjukkan bahawa keputusan tersebut hanya sekadar menangguhkan dan bukannya pembatalan.
Hakim Sigal Albo berkata, beliau telah mencapai kesimpulan bahawa ‘ada ruang untuk memberi lanjutan tertentu.
Biarpun begitu, keluarga Palestin melihatnya hanya sebagai penundaan perobohan yang tidak dapat dielakkan dan bukan kemenangan.
Pemilik harta tanah di kawasan Baitulmaqdis Timur, khususnya Silwan berusaha untuk menjaga kediaman mereka melalui jalan undang-undang di mahkamah Israel.
Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 81 rumah Palestin di Baitulmaqdis Timur dirobohkan atas perintah pihak berkuasa pendudukan Israel.
Pemilik terpaksa melakukan perobohan itu sendiri atau membayar pihak berkuasa untuk melakukannya. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)