Israel bina 300 lagi penempatan haram Yahudi

 

TEBING BARAT – Israel dijangka memperluas rancangan pembinaan 300 unit penempatan haram baharu di Tebing Barat.

Tindakan itu dilihat tidak mempedulikan bantahan antarabangsa terhadap penggantian tanah dan dasar rejim Tel Aviv di Palestin.

Jawatankuasa Perancang dan Bangunan Tempatan dilaporkan akan mengeluarkan permit untuk pembinaan unit penempatan baharu itu hari ini.

Menurut agensi berita Ma’an, unit berkenaan dilaporkan dibina di penempatan Gilo, terletak kira-kira lima kilometer di selatan Baitulmaqdis.

Kira-kira 600,000 warga Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Palestin mahukan Tebing Barat bebas dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts