Kebakaran besar telah melanda beberapa kawasan di negara haram Israel untuk hari ketiga berturut-turut menyebabkan berpuluh ribu penduduknya terpaksa mengosongkan utara Israel dengan kadar segera.
Foto : Haaretz |
Sehingga hari ini, kebakaran itu masih belum dapat dikawal susulan tiupan angin yang menyebabkan api semakin marak.
Menurut media Israel, Haaretz, pihak berkuasa percaya kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat.
Sementara itu, pihak berkuasa Israel turut meminta pertolongan negara jiran bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.
Perdana Menteri Binyamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Awam, Gilad Erdan berkata pihaknya akan meminta agar Greece, Croatia, Cyprus dan kemungkinan Turki untuk menghantar jet pejuang bagi membantu memadam kebakaran yang melanda seluruh negara itu.
Sebelum ini, mahkamah israel berkata empat warga arab di Jerusalem ditahan pada pagi Khamis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kebakaran itu namun hakim melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.
Terbaharu, University of Haifa terpaksa dikosongkan selepas api meletus di Modi’in. – siakapkeli
Sumber: JewishPress, Dailymail, Foxnews, Haaretz