Israel gagal tembusi pertahanan Hamas

 

BAITULMAQDIS: Stesen televisyen satelit, Al Jazeera, mendedahkan maklumat mengenai operasi perisikan Israel yang gagal di Semenanjung Gaza pada November 2018, menyebabkan rejim Zionis melancarkan serangan udara dan pejuang Palestin membedil roket.

Lapan ejen Israel yang menyamar sebagai penduduk Palestin memasuki Gaza pada 11 November tahun lalu dengan tujuan meletakkan peranti pada sistem komunikasi persendirian Hamas, menurut siasatan yang didedahkan program Ma Khafia Aazam terbitan Al Jazeera.

Bagaimanapun, mereka ditahan dan disoal siasat unit peronda Hamas di Khan Younis selama 40 minit dan jawapan mereka menimbulkan kecurigaan.

Pertempuran tercetus dan ejen Israel menggunakan senjata dengan alat pendiam, membunuh komander Hamas, Nour Baraka dan salah seorang pembantu kanannya, Mohammed al-Qarra.

Ketua unit penyamaran Israel, dikenali buat kali pertama sebagai ‘Meni’ juga maut.

Disiarkan Ahad lalu, program itu mendedahkan operasi penyamaran Israel adalah sebahagian unit Sayeret Matkal, yang diwujudkan pada 1957 untuk mengumpulkan risikan di pihak musuh.

Rakaman audio lapan ejen ketika pertempuran juga disiarkan buat kali pertama.

Pesawat tempur Israel kemudian menggempur Khan Younis dengan serangan udara untuk memberikan jalan keluar kepada anggota penyamaran untuk kembali ke Israel, menggunakan helikopter.

“Apabila anda menghantar seseorang menjalankan misi rahsia, anda tidak mahu pihak sana mengetahui mengenainya.

“Operasi itu gagal, tiada keraguan itu,” kata penganalisis tentera Israel, Amir Oron.

Hamas turut merampas van dinaiki ejen berkenaan selain kad pengenalan palsu Palestin.

Jurutera Briged al-Qassam, sebaliknya berjaya meletakkan alat curi dengar di unit Israel dan mengawal rakaman, membolehkan mereka mengenal pasti anggota, tempat latihan dan peranan khas, menurut laporan.

Rakaman eksklusif yang disediakan Briged al-Qassam menunjukkan anggota unit komunikasi, yang memantau keselamatan dan operasi rangkaian sulit dari terowong bawah tanah.

Mereka juga menemui sistem pengintipan Israel yang ditanam oleh ejen rejim di kawasan bawah tanah di Zuwaida di tengah Gaza. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

⚡️Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Maklumkan transaksi anda di talian berikut:
wasap.my/60129721219

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#PrayForGaza

Total
0
Shares
1 comment
  1. Syukur alhamdulillah bantuan Allah kepada pejuang pejuang Alqassam semoga Allah akan memberi pertolongan yang berterusan kepada saudara saudara islam kita di Palestin insya Allah.Allahuakbar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts