Israel meluluskan rancangan memperluaskan operasi serangan darat di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu juga mengumumkan sudah mengarahkan tentera memperluas rancangan untuk mengosongkan Rafah, yang menempatkan lebih sejuta penduduk yang mencari perlindungan.
Rejim haram juga diarah untuk memusnahkan empat batalion Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang didakwa berada di sana.
Sementara itu, stesen Aqsa Television, memetik kenyataan pemimpin kanan Hamas, menyatakan sebarang operasi darat Israel di Rafah akan menutup rundingan pertukaran tebusan.
Serangan yang dirancang telah mencetuskan kebimbangan mengenai malapetaka kemanusiaan di bandar itu.
Penduduk Palestin telah mencari perlindungan di Rafah ketika Israel menggempur seluruh wilayah itu sejak 7 Oktober lalu.
Pengeboman Israel berikutnya telah membunuh lebih 28,000 rakyat Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
Minggu lalu, White House memberi amaran bahawa serangan Israel di Rafah akan menjadi bencana bagi rakyat Palestin.
Peperangan rejim ke atas Gaza menyebabkan 85 peratus penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah rosak atau musnah.- Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM