BANDAR GAZA – Israel melancarkan serangan bertalu-talu di beberapa bahagian di Kota Gaza yang disekat pada Isnin, menurut wartawan Agensi Anadolu.
Pesawat perang Israel mengebom banyak sasaran di selatan, barat, dan utara Gaza pada waktu malam, lapor wartawan.
Menurut saksi, beberapa kawasan milik pejuang Palestin, ladang pertanian, jalan raya, dan infrastruktur menjadi sasaran serangan itu. Beberapa pusat keselamatan di selatan dan barat kota diruntuhkan.
Serangan itu menyebabkan kerosakan besar pada banyak bangunan, rumah, dan jalan. Bekalan elektrik turut terputus di kawasan berdekatan sasaran, kata mereka.
Kapal perang Israel yang ditempatkan di laut juga melepaskan tembakan ke pantai Gaza. Belum ada kenyataan yang disiarkan mengenai sasaran berkenaan.
Sementara itu, sayap ketenteraan gerakan pejuang Palestin, Briged Ezzeddin al-Qassam, mengatakan serangan Israel terhadap orang awam dibalas dan mereka membedil roket ke bandar Beersheba dan Ashkelon, dan juga menyasarkan beberapa kawasan penempatan.
Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Ahad meningkat kepada 197 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Jumlah yang cedera mencecah 1,235 orang, sementara puluhan bangunan musnah atau rosak.
Ketegangan baru-baru ini yang bermula di Baitulmaqdis Timur pada bulan Ramadan merebak ke Gaza setelah kumpulan pejuang Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah jika serangan mereka tidak dihentikan.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, tempat Al-Aqsa berada, semasa perang Arab-Israel 1967.
Ia menceroboh seluruh kota pada 1980 dalam gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)