Israel mahu ‘hapuskan’ penduduk Palestin di Tebing Barat

 

TEBING BARAT – Dasar negara haram Israel merobohkan rumah di Tebing Barat adalah untuk mengurangkan penduduk Palestin dan mengosongkan tanah mereka.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam-Kristian untuk Kemenangan Baitulmaqdis dan Tempat Suci, Hanna Issa berkata, negara penjajah mahu meng-Yahudi-kan seluruh kota suci ini.

“Pihak berkuasa Israel telah merobohkan rumah Palestin dengan kadar yang lebih tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan. 

“Alasan diberikan tidak munasabah kononnya sebab keselamatan dan tidak mendapat izin bangunan yang sah,” kata Hanna kepada wartawan.  

Beliau berkata, perobohan yang dilakukan rejim Tel Aviv dilarang berdasarkan Artikel 33 Konvensyen Geneva Keempat.  

“Merobohkan rumah adalah pelanggaran hak untuk memiliki rumah yang sederhana mengikut undang-undang antarabangsa. 

“Pihak berkuasa pendudukan, sebaliknya, sangat santai dengan pelanggaran peraturan bangunan di kawasan penempatan haram,” katanya.

Malah, Israel belum mengambil langkah untuk memindahkan penduduk haram dari kawasan Palestin. 

Sebaliknya, tindakan ini mendorong mereka untuk merebut lebih banyak tanah Palestin. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts