Israel perluas pencerobohan di Rafah, kuasai lebih separuh sempadan Gaza-Mesir

Tentera Israel didakwa memperluaskan pencerobohan di bandar Rafah dengan melakukan pengeboman hebat ke kawasan kediaman bandar itu, malam kelmarin.

Penduduk yang masih selamat memberitahu media, rejim Zionis turut meluaskan pencerobohannya di kawasan Philadelphi Corridor di antara Gaza dan Mesir.

“Rejim juga bertindak agresif menyerang kem pelarian Yibna di tengah Rafah,” katanya.

Philadelphi Corridor ialah laluan sempit sepanjang 14 kilometer yang disepakati dalam perjanjian damai Israel-Mesir pada tahun 1979.

Dalam pencerobohan terbaharu di Rafah, tentera Israel menguasai lebih separuh daripada kawasan Philadelphi Corridor bersebelahan dengan sempadan Mesir.

Menurut seorang wartawan Anadolu, Israel kini menempatkan tenteranya di kawasan timur dan tengah Rafah dan di pinggir kawasan selatan Rafah.

Setakat ini, Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) menganggarkan lebih 800,000 orang melarikan diri dari Rafah sejak Israel mula menyasarkan bandar itu pada awal Mei. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts