Israel pinjamkan AS$800 juta tangani krisis kewangan PA

RAMALLAH – Rejim penjajah Israel memberikan pinjaman bernilai AS$800 juta kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menangani krisis kewangannya, menurut laporan saluran TV Israel. 

Saluran 12 Israel mendedahkan bahawa PA akan menerima pinjaman secara ansuran sehingga akhir tahun ini. 

PA mengalami krisis kewangan serius kerana pemerintah Israel memutuskan pada 11 Mei untuk memotong 597 juta shekel dari pendapatan cukai yang dikumpulkan rejim atas nama PA.

Dua minggu lalu, Perdana Menteri PA, Mohammad Shtayyeh berkata, jumlah yang ditolak oleh Israel sejak 2019 adalah 851 juta shekel, selain 51 juta shekel ditolak setiap bulan.

Menurut Shtayyeh, tindakan itu menimbulkan banyak cabaran kepada PA kerana penderma masih belum membayar sumbangan mereka sejak awal tahun ini.

Katanya, kerajaan wajib meminjam wang dari bank-bank Palestin untuk memenuhi tuntutan rakyat dan janji-janji PA sebelum ini. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts