Israel sembunyi dokumen kekejaman ke atas rakyat Palestin

 

TEL AVIV – Kementerian Israel berkaitan hal ehwal ketenteraan membentuk sebuah unit rahsia yang ditugaskan untuk menyembunyikan dokumen sejarah yang sensitif dengan tumpuan khusus untuk menghapuskan bukti kekejaman mereka berkaitan pengusiran penduduk Palestin ketika Hari Nakba (malapetaka) pada 1948.

Menurut laporan akhbar Haaretz, Malmab yang juga dikenali sebagai jabatan hal ehwal tentera untuk ‘penubuhan pertahanan keselamatan’ menjalankan operasi itu selama dua dekad dan menyembunyikan dokumen bersejarah dalam peti besi.

Dokumen yang disembunyikan yang sebelum ini dapat diakses meliputi pelbagai aspek sejarah ‘rahsia gelap’ Israel termasuk program senjata nuklear, hubungan luar dan pengusiran serta pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin.

 

 

Haaretz melaporkan, Yehiel Horev yang melancarkan dan mengetuai projek itu sehingga 2017 percaya tindakan mereka terutamanya menyembunyikan dokumen berkaitan pengusiran kira-kira 750,000 penduduk Palestin 71 tahun lalu kononnya sangat penting untuk mengelakkan sebarang protes tercetus di rantau Arab.

Ketika disoal tentang motif mereka menyembunyikan dokumen yang telah diterbitkan itu, Horev menjelaskan langkah itu diambil untuk menafikan legitimasi tentang kajian terhadap pengusiran penduduk Palestin, sekali gus menolak bukti yang diperoleh penyelidik untuk menyokong tuntutan golongan tersebut.

Israel mendakwa penghijrahan besar-besaran penduduk Palestin kononnya telah membuka jalan kepada penubuhan rejim terbabit pada 1948.

Dokumen disembunyikan itu bagaimanapun mendedahkan cerita yang berbeza yang mana sehingga 70 peratus penduduk Palestin diusir dari tanah mereka di bawah ‘operasi tentera Yahudi’ yang didalangi skuad pembunuh, Irgun dan Lehi.

 

 

Pasukan separa tentera Irgun dan kumpulan militia Lehi itu didakwa memainkan peranan penting dalam pembunuhan beramai-ramai di perkampungan Deir Yassin pada April 1948 yang menyaksikan ratusan penduduk dibunuh kejam.

Dokumen itu juga membongkar kemusnahan perkampungan Safsaf

dihuni penduduk Palestin kira-kira tujuh dekad lalu yang kemudiannya digantikan dengan pembinaan penempatan haram Yahudi. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts