Israel tak pernah wujud dalam peta dunia

 

BANTAHAN demi bantahan diteruskan oleh dunia, bukan sahaja dunia Arab dan Islam, bahkan di seluruh dunia mengenai tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menukar Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel.

Ya, semua sedia maklum bahawa status Israel adalah negara haram. Tanah yang mereka duduki sekarang adalah milik umat Islam. Mereka merampasnya dengan sokongan Britain satu ketika dulu.

Jika Israel bukan negara yang sah, jadi mengapa ia perlukan tempat baru untuk dijadikan ibu negara?

Masalahnya ialah, di belakang Israel adalah kuasa Zionisme yang menguasai aktor-aktor penting dalam politik dunia hari ini.

Pemimpin Arab sudah berjaya dijinakkan. Pemimpin Amerika pula hanya boneka yang menjayakan agenda mereka.

Lalu, apa lagi yang tinggal bagi umat Islam?

Marilah kita bermuhasabah atas apa yang berlaku.

Allah berjanji bahawa kemenangan akan berpihak kepada Islam. Janji-janji Allah ini kita boleh baca dalam Al-Quran dan Sunnah.

Akan tetapi, janji kemenangan ini tidak bermaksud menyeru umat Islam untuk meninggalkan usaha.

Kita perlu berusaha melengkapkan umat ini dengan syarat-syarat kemenangan.

Apakah syarat kemenangan itu?

Antaranya ialah keimanan yang tinggi. Antara faktor kehebatan generasi Islam terdahulu adalah kekuatan iman.

Lihat realiti hari ini, sejauh manakah kita dengan keimanan? Iman itu bukan sekadar percaya di hati, ia perlu dilafazkan dengan lisan dan diterjemahkan dengan amalan dan tingkah laku.

Antara syarat kemenangan juga adalah kesatuan. Apabila kita bersatu, kita akan memiliki kekuatan yang luar biasa.

Pepatah Melayu biasa menyebut, lidi seberkas tidak akan mudah dipatahkan berbanding lidi nan sebatang.

Kita senang bercakap soal perpaduan dan kesatuan. Tapi di manakah hasilnya? Dalam isu tudung pekerja hotel, isu solat berjemaah di sekolah dan isu ateisme, ramai lagi yang keliru dan hilang arah panduan. Jauh daripada pedoman Islam. Bagaimanakah kesatuan boleh dicapai?

Pedang tak berniat berceramah panjang isu keimanan dan kesatuan. Apa yang Pedang mahu tekankan ialah di manakah kita dengan syarat-syarat kemenangan.

Pedang juga ingin menyeru kepada semua untuk mengambil iktibar daripada sabda baginda Nabi Muhammad dalam hadis inkar mungkar.

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisan. Jika tidak mampu, ubahlah dengan hati. Maka itulah selemah-lemah iman.”

Tanya diri kita, selemah manakah iman kita sehingga tidak mampu melakukan sesuatu apabila kita melihat kemungkaran? – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts