Israk Mikraj ajar kita jadi ketua bukan ‘follower’

 

ULANG tahun peristiwa Israk dan Mikraj akan tiba beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 11 Mac 2021. Secara umum mungkin ramai yang sudah mengetahui sirah dan kisah yang berlaku namun, apakah pengajaran terbesar yang boleh kita ambil dari peristiwa tersebut?

Peristiwa Israk Mikraj tidak boleh dilihat semata-mata sebagai satu peristiwa yang menggembirakan Nabi Muhammad SAW, kerana jika benar begitu, ia adalah khas untuk baginda.

Sebaliknya, peristiwa ini adalah untuk seluruh umat Nabi Muhammad ﷺ, walaupun ia hanya dilalui oleh baginda seorang.

Jelas di sini Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad ﷺ menceritakan kepada penduduk Makkah bahawa baginda melihat para Nabi iaitu Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, Nabi Ibrahim AS dan sebagainya di Baitulmaqdis.

Cuba kita fikirkan, apakah simbolik perhimpunan agung para Nabi pada peristiwa Israk Mikraj dan lantikan Nabi Muhammad ﷺ sebagai imam solat para Nabi?

Jawapannya, pelantikan Nabi Muhammad ﷺ pada malam tersebut menunjukkan bahawa semua risalah nabi-nabi terdahulu dihapuskan dan diganti dengan risalah Nabi Muhammad ﷺ.

Ini bermakna, episod perjuangan nabi terdahulu adalah ibarat pembuka tirai kepada episod perjuangan Nabi akhir zaman. Kebiasaannya episod akhir adalah yang paling penting dan mahal sebelum suatu cerita itu akan berakhir (kiamat).

Perumpamaannya adalah, sebelum ini banyak ibu pejabat di seluruh dunia. Tapi akhirnya semua syarikat itu digabungkan dan tertumpu kepada satu ibu syarikat. Itulah besarnya kemuliaan yang Nabi Muhammad ﷺ terima pada malam Israk Mikraj.

Dalam erti kata lain, kita boleh lihat signifikannya pada sumpah empat serangkai yang Allah SWT nyatakan dalam surah At-Tin (Buah Tin, Buah Zaitun, Gunung Tursina dan Makkah)?

Jawapannya, buah Tin dan Zaitun melambangkan Baitulmaqdis, iaitu ibu pejabat Nabi Isa AS. Gunung Tursina adalah ibu pejabat Nabi Musa. Manakala Makkah adalah ibu pejabat Nabi Muhammad ﷺ.

Ibnu Kathir memberi komentar bahawa kesempurnaan manusia itu berkait rapat dengan kewujudan risalah Nabi Muhamamd ﷺ.

Apakah ‘subliminal message’ daripada peristiwa lantikan Nabi Muhammad sebagai imam di malam Israk Mikraj? Mesejnya adalah kita sebagai umat Islam mesti jadi Imam (ketua). Kita bukan sistem alternatif, tapi sistem utama (The Only Choice).

Cara berfikir ‘We are partner’ dan ‘We are consumer’ adalah cara fikir yang belum cukup sempurna kerana cara fikir yang betul adalah ‘We are leader‘. Inilah naratif yang dibawa dalam peristiwa Israk Mikraj.

Sebagai ketua, kita perlu tanya semula diri, adakah kita menggunakan framework (kerangka) risalah yang sudah tamat tempoh atau kita ada cara tersendiri berfikir untuk meneruskan risalah dakwah ini.

Ustaz Bilal Jailani
YDP ISMA Bangi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts