Isu jawi timbul kerana hegemoni Melayu tidak dipupuk

 

BANGI – Kontroversi membabitkan tulisan jawi timbul disebabkan hegemoni Melayu tidak dipupuk sebaik-baiknya berasaskan kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, parti pemerintah sepatutnya memperkukuhkan hegemoni Melayu berasaskan kepada acuan Perlembagaan.

“Perlembagaan Persekutuan ini ada rohnya di situ seperti Melayu Islam serta hak asasi. Formulanya cukup dan cantik.

“Tetapi dasar kerajaan tidak menepati dan selari dengan apa yang ada dalam Perlembagaan maka lahirlah generasi yang tidak beridentitikan nasional,” katanya pada temu bual Cakap Serupa Bikin di TV Pertiwi, malam ini.

 

 

Dalam pada itu, Ustaz Hazizi menegaskan bahawa hegemoni Melayu amat bagus untuk mengikat masyarakat majmuk dalam sesebuah negara.

“Kita tidak boleh biarkan terbuka macam itu. Jika terbuka, sampai ke sudah tidak selesai. Semua mahu (tuntut) kepentingan dan sebagainya.

“Dan apabila kita menyebut hegemoni Melayu, bukan bermakna kita menafikan kaum-kaum lain. Itu juga ada disebut dalam Perlembagaan. Tetapi budaya, dasar umum, norma secara umumnya adalah berasakan kepada budaya Melayu,” kata beliau. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts