Isu Uighur: Lebih baik Mujahid elak buat kenyataan

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dinasihat untuk mengelak daripada membuat kenyataan yang boleh mengundang kekeliruan tentang pendirian sebenar Malaysia terhadap isu hak asasi masyarakat minoriti Islam di wilayah Xinjiang, China.

Ketua Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd. Amin berkata, berpandangan, sebagai seorang menteri, sebarang pendirian haruslah merujuk kepada sumber yang sahih ataupun lebih baik mengambil pendirian konsisten kerajaan Malaysia sebelum ini.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, sebarang pendirian tentang isu hak asasi manusia umat Islam khususnya haruslah merujuk pada sumber yang sahih sebagaimana yang telah dinyatakan Panel Hak Asasi Manusia dan tidak bergantung pada propaganda kerajaan China yang memanipulasi persepsi masyarakat di luar Xinjiang melalui siri lawatan ke kem yang menurut Beijing adalah “pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uighur.”

 

 

“Adalah lebih bijaksana untuk Mujahid mengambil pendirian konsisten kerajaan Malaysia sebelum ini, sebagaimana tergambar melalui tindakan Malaysia membebaskan tahanan etnik Uighur Muslim yang melarikan diri ke negara Asia Tenggara melalui Thailand, dan menghantar mereka ke Turki, tanpa mengendahkan permintaan China untuk menyerahkan mereka ke Beijing,” katanya kepada Utusan Online.

Mujahid dalam akaun Facebook milknya Rabu lalu memuat naik hantaran bahawa beliau dibawa melawat pusat latihan dan vokasional masyarakat Uighur di Xinjiang seolah-olah hidup dengan harmoni tanpa ditindas telah mencetuskan kritikan wargamaya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kecaman ramai semasa berucap di Universiti Pengajian Luar Beijing kelmarin, apabila menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu’.

Sementara itu, jelas Azril, kenyataan Mujahid itu juga adalah bercanggah dengan pandangan Panel Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai kem politik indoktrinasi di Xinjiang.

“Masyarakat dunia mengetahui bahawa semenjak bulan Ogos 2018, Panel Hak Asasi Manusia PBB telah menerima banyak laporan khususnya melalui Jawatankuasa PBB Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum, tentang anggaran bahawa dua juta masyarakat Uighur dan minoriti Muslim dipaksa menyertai ‘kem politik untuk indoktrinasi’ di wilayah autonomi barat Xinjiang.

“Perwakilan China di Geneva ketika itu gagal memberikan respons yang meyakinkan terhadap laporan PBB, sebaliknya hanya menafikan secara umum. Oleh itu penting untuk Mujahid memperjelaskan pendirian sebenar beliau yang ternyata bercanggah dengan pandangan pakar Panel Hak Asasi Manusia PBB,” katanya. – Utusan Online

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts