Isu ziarah rumah Ibadah

  1. TV Pertiwi melaporkan bahawa Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa lebih 100,000 ahli parti itu melawat rumah ibadat agama lain.
  2. Pendirian beliau dilihat bertentangan dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor yang melarang ke atas sebarang aktiviti untuk memujuk atau mempengaruhi umat Islam di negeri itu cenderung atau berminat kepada agama bukan Islam.
  3. Dari aspek hukum, para ulama berbeza pandangan mengenai menziarahi rumah ibadah lain tanpa tujuan yang jelas. Para ulama Hanafi dan Syafi’i mengharamkan perbuatan tersebut dengan pertimbangan kewujudan gambar-gambar yang menyalahi akidah. Ini disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj dan Hasyiah Qalyubi.
  4. Manakala ulama Hanbali memakruhkan tindakan tersebut. Kata Ibn Taimiyyah

كراهة دخول الكنيسة المصورة ، وهذا هو الصواب الذي لا ريب فيه ولا شك

“Dan makruh masuk ke gereja yang dihiasi dengan gambar-gambar. Dan pandangan ini adalah benar tanpa syak dan ragu-ragu lagi. (al-Fatawa al-Kubra)

  1. Mereka berpegang kepada hadis Nabi ﷺ yang melarang tindakan tersebut. Perkara ini direkodkan oleh al-Bukhari yang menyatakan:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا رَأَى الصُّوَرَ فِي الْبَيْتِ لَمْ يَدْخُلْ حَتَّى أَمَرَ بِهَا فَمُحِيَتْ

“Sesungguhnya Nabi ﷺ apabila Baginda melihat gambar-gambar di dalam sesebuah rumah, Baginda tidak masuk ke rumah itu melainkan Baginda akan memerintahkan agar gambar tersebut dihilangkan. (Sahih al-Bukhari)

  1. Begitu juga mereka berpegang dengan pendirian tegas Saidina Umar dalam perkara ini. Apabila beliau dijemput untuk menunaikan solat di dalam gereja, Umar membalas:

إِنَّا لَا نَدْخُلُ كَنَائِسَكُمْ مِنْ أَجْلِ التَّمَاثِيلِ الَّتِي فِيهَا الصُّوَرُ

“Kami tidak masuk ke gereja kamu disebabkan patung-patung serta gambar-gambar yang terkandung di dalamnya (iaitu yang mempunyai unsur syirik). (al-Musannaf Abdul Razzaq)

  1. Pun begitu sebahagian sarjana muslim mengharuskan masuk ke gereja atau rumah ibadah lain atas objektif yang jelas seperti membawa misi dakwah atau kumpulan yang datang menjalankan penyelidikan, bukan meredai kekufuran yang dipersembahkan.
  2. Oleh yang demikian, seorang wakil rakyat Muslim haruslah jelas terhadap saranan yang diberikan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan umat Islam kepada perkara yang pernah dijauhi oleh Baginda Nabi ﷺ.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAMShare

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts