Jadikan Al-Aqsa serta pembebasannya sebagai silibus di masjid dan surau

  1. Masjid A-Aqsa mempunyai kedudukan yang utama di dalam Islam. Ia adalah kiblat pertama, tempat Isra’ Rasulillah SAW, bumi barokah dan seribu satu macam lagi fadhilatnya.
  2. Masjid Al-Aqsa telah melalui siri perebutan untuk menguasainya yang dahsyat. Hari ini umat Islam belum dapat menguasainya secara penuh.
  3. Rasulillah SAW wafat dalam keadaan Al-Aqsa masih belum dimerdekakan dari penguasaan Rom ketika itu. Jarak paling dekat tentera Islam sampai dalam usaha memerdekakan Al-Alqsa ialah sejauh 85km lagi. Berlalunya tempoh sehinggalah Saidina Umar berjaya membuka Al-Aqsa dan selepasnya Salahuddin Al-Ayyubi. Namun hari ini , umat Islam tidak bebas untuk beribadat di dalamnya dan seringkali dikotori kemuliaan masjid ini dengan pencerobohan penjajah.
  4. Atas tujuan agar ruh jihad untuk membebaskan Al-Aqsa ini sentiasa menyala di dalam dada umat Islam khususnya generasi akan datang, saya mencadangkan agar :-
  • Al-Aqsa dan sejarah pembebasannya dijadikan silibus pengajian taamir dan tauliah untuk diajar di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara.
  • Ia juga dijadikan silibus pengajian di sekolah-sekolah dan pusat pengajian bermula dari peringkat paling awal ke peringkat tertinggi.

Cadangan ini mohon dipertimbangkan oleh KPM, JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Dato’ Hj Zamri bin Hashim
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts