Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya 

KUALA LUMPUR: Sebagai pengguna jalan raya, adab dan akhlak perlu dijaga agar dapat mengelakkan diri daripada terbabit kejadian buruk, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mengulas isu video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai mengasari seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar, Tapah, Perak baru-baru ini, beliau berkata pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terbabit dalam pergaduhan.

“Kita bercakap mengenai membina ‘Masyarakat MADANI’, asasnya adalah adab dan akhlak. Sebab apa yang kita hendak bina (Masyarakat MADANI) ini adalah masyarakat sejahtera, tidak ada pergaduhan. Kalau sesuatu perkara yang terjadi itu biarlah diselesaikan dengan cara yang baik.

“Sekiranya kita dapat bersabar, dan mengingati adab serta peraturan itu harus dipatuhi, jadi cita-cita kita untuk membina masyarakat MADANI yang bertamadun akan dapat dicapai, ” katanya ketika ditemui pemberita di majlis ulang tahun ke-30 Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D’ Tandoor, di sini, semalam

Semalam, tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai mengasari seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah, dan susulan insiden berkenaan, lelaki berusia 29 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts