SEBAGAI umat Islam, antara agenda terbesar adalah untuk menjaga kesihatan yang telah diamanahkan! Menurut En Rahman Md Dali, Pengarah Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), functional medicine dilihat sebagai suatu dimensi baru dalam dunia perubatan yang wajib diiikuti.
“Ia bukan cakap kosong sebaliknya mempunyai evidence-based. Pengetahuan dalam bidang perubatan moden serta pemahaman di dalam bidang functional medicine membuka ruang yang lebih besar dalam perawatan pesakit secara menyeluruh (holistik) dan menjadikan impian pesakit untuk sembuh dari penyakit kronik hampir kepada realiti.
“Jika dalam perubatan mainstream, para doktor akan hanya melihat simptom tanpa melihat punca.
“Antara perkara yang terbesar dalam perubatan ini ialah mencari punca penyakit dan punca masalah selain meningkatkan imuniti.
“Ia merupakan pendekatan pencegahan awal dan juga “patient centred” yang mana pesakit dirawat secara individu dan pendekatan ini melihat makanan sebagai punca utama penyakit.
“Apa yang kita masukkan dalam perut kita memberi impak besar buat kesihatan.
“Sepatutnya kita mesti pintar memilih makanan untuk menjadi umat Islam yang kuat.
“Jangan hanya pintar dalam akademik, namun lama kelamaan tengkuk menjadi semakin pendek.
“Bila tubuh kita mengalami obesiti, emosi tidak terkawal. Hendak buat kerja lebih namun tidak berdaya. Baru masuk 40 an dah mula mereput, masuk 50 semakin mereput dan sampai usia 60 terus rebah,” tegas beliau.
Perut kita sebagai otak kedua
Seperti yang kita ketahui, obesiti adalah punca segala penyakit, bahkan obesiti itu sendiri penyakit.
“Pelbagai penyakit lain seerti penyakit tiga serangkai akan menghampiri. Dari perut akan mempengaruhi segala benda termasuk emosi dan tindakan kita.
“Perut juga dinamakan sebagai second brain atau otak kedua kita. Jika otak kedua kita ni rosak, semuaya rosak. Begitulah dalam Islam yang mementingkan umatnya untuk menjaga perut.
“Bila mana ada dimensi dan pendekatan terbaru dalam bidang kesihatan dalam bab pencegahan penyakit, kita wajib ikut.
“Jaga apa yang masuk ke dalam perut. Jika kita salah makan, tiada ilmu pasti akan datang masalah. Kita perlu ada disiplin makan.
“Makan makanan yang memberi nutrisi buat otak, yang menjadikan kita semakin cerdik.
“Sepatutnya kanak-kanak telah terdidik sejak sekolah rendah lagi tentang ilmu pemakanan sama seperti subjek Matematik, Sains dan sebagainya.
“Jika hanya pandai Matematik, ilmu pemakanan gagal maka tidak mustahil ramai yang akan mereput.
“Dengan hanya mengambil berat apa yang kita makan barulah kita akan menjadi umat yang kuat dan produktif,” tegas beliau semasa sesi ceramah kesihatan bertajuk Nutrisi Pintar Membentuk Keluarga Beragenda baru-baru ini.
Sumber: http://www.hiazhealth.com/jaga-perut-jangan-jadi-umat-islam-yang-mereput/
www.indahnyaislam.my