Jakim panggil lelaki mengaku ‘Imam Mahdi

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi di laman Facebook.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, alamat lelaki tersebut sudah dikenal pasti dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Jakim akan panggil dan menasihati dia,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Na’im berkata, lelaki tersebut telah berada di bawah radar Cawangan Kajian Akidah JAIS sejak 23 November lalu.

Terdahulu, seorang lelaki memuat naik hantaran di Facebook mengaku dilantik sebagai Imam Mahdi.

Dakwaan itu dikecam pengguna Facebook dan ramai yang mengesyaki pemilik akaun tersebut berkemungkinan mempunyai masalah mental. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts