Jangan berbangga dengan dosa

 

1.FENOMENA berbangga dengan dosa, dan suka mendedahkan maksiat yang dilakukan oleh diri sendiri ini terkadang sudah menjadi satu perkara yang biasa buat sebahagian anak muda. Ketahuilah bahawa ia adalah satu indikator kebencian atau kemarahan Allah terhadap seorang hamba.

Bahkan perbuatan mendedahkan dosa sendiri seakan menunjukkan yang Allah telah mencabut rasa malu dari diri mereka sehingga mereka tidak merasa segan silu untuk mendedahkan keaiban diri mereka.

2. Perkara ini pernah disebutkan oleh al-Imam Ibn Hajar di dalam karyanya yang berjudul Fath al-Bari. Kata Ibn Hajar:

مَن قصد إظهار المعصية والمجاهرةَ، أغضب ربه فلم يستره

“Barangsiapa yang dengan sengaja menzahirkan maksiat yang dilakukan oleh dirinya sendiri, atau menceritakan dosa mereka kepada orang lain, Allah sangat marah kepada mereka sehingga (dengan sebab itu) Allah tidak menutup keaiban mereka (iaitu keaiban mereka didedahkan, malah didedahkan oleh diri mereka sendiri).” (Ibn Hajar, Fath al-Bari).

 

 

3. Bahkan perbuatan mendedahkan dosa diri sendiri ini adalah perlakuan yang akan menyukarkan manusia untuk mendapat pengampunan dari Allah. Perkara ini disebutkan di dalam hadith di mana Rasulullah pernah bersabda:

كلُّ أُمَّتي معافًى إلا المجاهرين، وإنَّ من المجاهرة أن يعمل الرَّجلُ بالليل عملاً، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان، عملتُ البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربُّه، ويُصبِح يكشف سترَ الله عنه»

“‘Setiap umatku akan mendapat pengampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan termasuklah mereka yang terang-terangan berbuat dosa ini seseorang yang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatan tersebut. Yang mana dia berkata: ‘Hai Fulan, malam tadi aku telah melakukan begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Tuhannya telah melindungi (aib) perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia sendiri menyingkap perbuatan (dosanya sendiri) yang telah ditutupi oleh Allah.” (HR al-Bukhari)

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts