Jangan hanya sedekah di bulan Ramadan: Mufti Pahang

 

KUANTAN – Amalan bersedekah dan meraikan anak-anak yatim bukan hanya pada bulan Ramadan, sebaliknya perlu diteruskan pada bulan-bulan lain.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata, ia satu amalan mulia yang dapat memberikan kegembiraan dan membantu anak-anak yatim.

Menurutnya, beliau tidak menafikan orang ramai lebih banyak melakukan amalan itu ketika Ramadan.

“Ini kerana ganjaran pahala diperoleh lebih banyak dan mereka ambil kesempatan bulan mulia ini untuk bersedekah.

“Tetapi saya harapkan amalan ini  diteruskan dan tidak meminggirkan mereka (anak yatim) pada bulan-bulan lain,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts