Jangan hina nabi kami

 

1. APABILA Perancis mengeluarkan semula karikatur yang menghina Rasulullah, umat Islam seharusnya sensitif dengan isu ini. Ini kerana, al-Quran mendidik kita agar menghormati Rasulullah.

2. Perhatikan bagaimana al-Imam Malik sangat menghormati Rasulullah sehingga tidak menunggang binatang di Madinah. Qadi Iyad menejelaskan bahawa al-Imam Malik tidak menunggang kerana menghormati jasad Rasulullah ﷺ yang dikebumikan di Madinah. Kata al-Imam Malik:

أستحي من الله أن أطأ تربة فيها رسول الله بحافر دابة

“Aku malu dengan Allah untuk memijak tanah yang disemadikan di dalamnya jasad Rasulullah ﷺ dengan kuku binatang.”

Lihatlah betapa tinggi penghormatan yang diberikan al-Imam Malik kepada Rasulullahﷺ.

3. Malah Saidina Umar dikatakan pernah memarahi dua orang lelaki yang meninggikan suara mereka di dalam Masjid Nabi. Andai tinggikan suara dalam masjid Nabi pun dimarah oleh Saidina Umar, apatah lagi melukis karikatur yang menghina dan mengaibkan Rasulullah.

Semoga umat Islam bersatu menentang kaum yang menghina Rasulullah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts