Jangan jadi khadam kepada musuh umat: Mufti Perlis

 

STATUS FB seorang pegawai Menteri Agama cuba melecehkan kempen produk Muslim dengan meletakkan cerita seorang pengusaha cili Muslim menjadi susah sebab kempen ini. Taukeh-taukeh Cina non-muslim sudah enggan membeli cilinya seperti dahulu. Mesejnya, pegawai berkenaan ingin menunjukkan betapa kempen ini tidak wajar.

Saya telah menghubungi sendiri pengusaha cili berkenaan yang bertempat di Perak. Saya bertanya beliau. Beliau menyatakan memang ada tindakan balas dari taukeh-taukeh Cina non-muslim. Beberapa hari lalu ada cabaran untuk penjualan beliau.

Tapi, Alhamdulillah setelah beliau masukkan dalam FB, taukeh-taukeh Muslim mula menghubungi dan membeli dari beliau. Cumanya, dari segi jarak mereka agak jauh, iaitu Kelantan dan Melaka. Pun beliau masih dapat menjual hasilannya. Dalam masa yang sama, beliau berharap ramai lagi Muslim yang dapat membeli hasil beliau yang keluarannya melebihi 1 ton sehari. Saya percaya, jika ramai pembeli Muslim yang konsisten, maka rantaian bekalan akan dapat dikukuhkan. Nama beliau Helmi (0134155268).

 

 

Alhamdulillah, beliau tidak mempertikaikan kempen dan usaha mengutamakan produk Muslim. Cuba beliau perlukan sokongan masyarakat Muslim. Itulah juga tujuan kempen ini. Beli hasil keluaran Muslim dan kukuhkan ‘supply chain’ masyarakat Muslim.

Saya amat hairan apabila ada orang dalam kalangan kita yang mengaku Muslim cuba memperlekeh usaha membantu kekuatan ekonomi Umat Islam sendiri. Mencari alasan, bukan penyelesaian. Bukan sahaja tidak ingin membantu, bahkan mencari cerita untuk melemahkan usaha yang baik.

Ingatan untuk kita semua, sebagai Muslim, janganlah menjadi ‘khadam’ kepada orang lain yang sentiasa memusuhi umat ini. Di manakah ‘hati nurani muslim’ seseorang itu jika sampai ke tahap sedemikian?

Sahibus Samahah Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis

Sumber: DrMAZA.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Duit masing2 la…mkn pon bukan kamu bagi…duit pon bukan kamu bagi…so??? Masing2nya duit…ikut suka NAK beli barang siapa…

  2. Saya utamakan produk Muslim drp produk bukan Muslim, sebab saya Muslim, kena utamakan yg Muslim.

    Kalau tiada barang yg saya cari tiada drp org Muslim, baru saya tengok produk org non Muslim yg ada logo halal yg diiktiraf oleh Jakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts