Jangan kafirkan muslim disebabkan perbezaan pegangan politik

PUTRAJAYA: Semua pihak dinasihatkan untuk tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan seseorang muslim telah menjadi kafir disebabkan perbezaan pegangan politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dakwaan seumpama itu adalah amat berat serta tidak wajar.

Tambahnya, sikap suka kafir mengkafir sesama muslim adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Saya menyeru kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab serta tidak sewenang-wenangnya menuduh seseorang muslim itu menjadi kafir disebabkan hanya perbezaan pegangan politik dan seumpamanya.

“Tindakan seperti itu amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisashan dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata, sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam Negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakaran dalam sesuatu bidang.—AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts