Jangan lengah! Percepat dakwa penceroboh tanah Pahang

 

BANGI – Kerajaan negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan perlu membuktikan ketegasan dengan mendakwa pekebun haram durian Raub segera setelah mereka ‘dimalukan’ dalam kes semakan kehakiman oleh penceroboh.

Keputusan hakim mahkamah pada 23 Disember lalu jelas menyatakan penceroboh telah melakukan kesalahan menceroboh tanah kerajaan, kata Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masrizi Sat.

Beliau menegaskan, tanah-tanah yang diceroboh hendaklah dirampas kembali serta konsesi perjanjian syarikat yang didapati merugikan kerajaan negeri perlu dikaji dan dipulihkan kembali.

“Hak Veteran ATM, PDRM, NGO-NGO Islam, alim ulama komuniti Islam, pejuang-pejuang tanah air yang berjasa, usahawan Islam dan rakyat peribumi Melayu yang tidak punyai tanah hendaklah diberikan tanah dan peluang untuk membuat projek bersama dengan pihak kerajaan negeri.

“Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diharap dapat ditubuhkan oleh kuasa Tuanku agar kerja penyiasatan, pendakwaan dan pemutihan tanah yang diceroboh dapat dilaksanakan dengan telus, adil dan berintegriti,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan bahawa kerajaan negeri sudah cuai menjaga tanah sekali gus menyebabkan kerugian dan kerosakan teruk kepada kepupusan Tanah Rizab Melayu dan hutan simpan negeri.

Oleh itu katanya, mereka bertanggungjawab mengganti semula tanah-tanah yang diambil dengan nilai yang sama.

“Kerajaan negeri sepatutnya berterima kasih kepada keprihatinan NGO PEMBELA, Veteran ATM, PDRM, alim ulamak dan rakyat yang datang membantu bukannya bersikap sombong serta menganggap mereka sebagai pengacau yang menyusahkan kerajaan negeri Pahang,” katanya.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terbabit dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan sosial dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat.

Choon Jern berkata, mahkamah memberikan dua alasan menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terbabit tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh di tanah berkenaan, justeru sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Bagaimanapun kumpulan pekebun haram di Raub didapati sudah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan Pahang.-Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts