Jangan puja pelaku maksiat sebagai ikon

Bangi  – Umat Islam diminta berhenti menormalisasikan budaya memuja individu yang secara terbuka mendedahkan aib dan dosanya kepada umum.

Apatah lagi, mengangkat individu terbabit sehingga popular dan menjadi pempengaruh kepada golongan muda, meskipun jelas mereka mendedahkan maksiat yang dilakukan

Ketua Aktivis Nasionalis, Haji Rashidi Haris kesal dengan budaya yang cuba dinormalisasikan masyarakat kebelakangan ini, apabila sibuk memuja pelaku maksiat seolah-olah sebagai ikon ummah.

“Memang hadis sahih Muslim menyebut, Rasulullah SAW bersabda: Apabila hamba perempuan berzina maka hukumlah dia dengan hukuman dera dan jangan sekali-kali kamu memaki dia.

“Kemudian jika dia berzina pula kembali, maka hukum pula dia dengan hukuman dera dan jangan kamu memaki dia. Kemudian jika dia kembali untuk ketiga kali sedangkan tuduhan itu memang terbukti ada padanya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali rambut (harga murah),” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media membabitkan penahanan seorang lelaki dikenali ‘Hot Daddy’ ekoran merakam dan menjual aksi seks melalui aplikasi X.

Lebih kesal, apabila laman web penstriman menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast sehingga dikecam banyak pihak kerana didakwa cuba memprosi zina.

Rashidi menegaskan bahawa hadis Rasulullah jelas melarang umat Islam memaki pelaku zina, namun ia bukan bermakna mereka perlu dipuji atau mengangkatnya sebagai pempengaruh.

“Kemaruk popular ini sudah menjadi biasa di kalangan masyarakat. Selain itu, ia menjadi kepuasan dan kebanggaan kepada mereka.

“Perasaan malu dan berdosa itu sudah tiada. Bangga pula bergambar dengan seseorang yang terkenal di media sosial tanpa peduli terkenalnya itu atas sebab apa,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak terlampau kemaruk popular sehingga meremehkan ciri-ciri ketimuran yang patut dihayati seperti diajar oleh agama Islam.

“Umat generasi akhir zaman ini harus kembali kepada tradisi ilmu Islam yang sebenar. Adab harus dipupuk dari zaman sekolah rendah lagi agar negara dapat melahirkan generasi berakhlak mulia dan misi membina akhlak mulia mesti dimulai dari sekarang bukan sehingga gejala maksiat menjadi perkara normal dalam masyakat.

“Inilah masanya menanam pendidikan melalui penghayatan cara hidup Islam ke atas generasi remaja,” katanya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts