Jangan sampai buta mata hati

 

1. DALAM al-Quran, Allah menceritakan kepada kita bagaimana sikap orang-orang kafir yang telah diberikan petunjuk di dalam al-Quran, namun mereka masih tetap mengengkarinya. Lalu Allah menempelak sikap mereka dan menegaskan bahawa mereka inilah golongan yang telah dibutakan hati mereka. Firman Allah:
فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَٰرُ وَلَٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ
“Bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” (Surah al-Hajj: 46)

2. Ketika menghuraikan mengenai ayat ini, Dr. Sayyid al-Tantawi menjelaskan bahawa, golongan kafir Quraysh ini telah disampaikan peringatan kepada mereka, malah mereka sendiri pernah melalui kawasan kaum Nabi Soleh yang telah dihancurkan, namun mereka masih mengengkari mesej al-Quran. Kata al-Tantawi:
إن مصارع الغابرين وديارهم ، يمر بها كفار قريش ، ويعرفونها ، فهم يرون فى طريقهم إلى الشام قرى صالح وقرى لوط ولكن هؤلاء الجاهلين يرون مصارع الغابرين فلا يعقلون ، ولا يعتبرون
“Sesungguhnya kawasan-kawasan kaum yang dibinasakan ini adalah tempat yang biasa dilalui oleh Qurasyh dalam misi perdagangan mereka ke Syam. Mereka biasa melalui kawasan penempatan Nabi Soleh (di Saudi) dan kawasan Kaum Nabi Lut (di Jordan), tetapi mereka masih lagi tidak mengambil pengajaran atas apa yang mereka saksikan kesannya sendiri. (Tafsir al-Wasit).

3. Oleh yang demikian, akibat daripada kedegilan mereka mengambil iktibar apa yang telah disampaikan di dalam al-Quran, mereka disifatkan sebagai memiliki hati yang buta.

4. Hari ini terdapat sebahagian muslim yang telah disampaikan kepada mereka petunjuk dari al-Quran. Namun mereka berpaling dari nasihat al-Quran, bahkan golongan Liberal mempertikaikan pula isikandung al-Quran.

5. Ketahuilah bahawa al-Quran adalah sebaik-baik petunjuk. Semoga kita sentiasa mengambil iktibar dari apa yang disampaikan oleh al-Quran dan tidak menjadi seperti mereka yang disifatkan oleh Allah sebagai memiliki hati yang buta.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts